Comments on Al-Jazeera’s 101 East on ‘Allah’ Issue

Yusri Mohammad (read: ABIM) needs a good reason to not letting the Catholics to use the word Allah.

The fact that the national fatwa council has issued a fatwa saying that the word Allah is exclusive to the Muslims only, however, cannot be considered as a good reason.

For one, the fatwa council is not seen as a credible one, with all due respects.

Secondly, you can argue whether or not, non-Muslims are bound to the fatwa. i bet the high court did not even give a D to the fatwa when they made the rulings. Even some Muslims don’t give a D to fatwa. Simple example, fatwa on smoking cigarette by the late Datuk Ishak Baharom. So, what to expect, meh.

Credits to Yusri anyway. He presented his ideas well and redeemed ABIM’s reputation (see here), although the validity of his arguments is very well open for discussions.

A bit turned off by Khalid Samad, for not respecting Yusri when the latter speaks. Bad example. Entertaining, however. But I pity Yusri.

January 14, 2010 at 11:19 pm 1 comment

Memori Jaulah Sepanyol

Jamuan Aqiqah di Barcelona. (Kredit kepada Haneef Nasir untuk gambar)

Di Masjid Rahmat (kalau  tak silap), Barcelona, Sepanyol. Musim bunga 2008.

Siangnya, usai solat Jumaat (tak sempat pun sebenarnya, sesampainya kami jemaah mula beredar), kami disapa oleh beberapa ahli jemaah masjid yang majoritinya adalah orang Maghribi. Salah seorang daripada mereka bernama Abdel Jalil el-Hamichi, masih saya ingat.

Berborak rancak, lalu diajak menjamu perut di sebuah restoran makanan laut kepunyaan sahabat kepada seorang ahli jemaah masjid itu, tapi kedai sudah tutup. Makan kebab sahaja setelah jauh berjalan (agak kecewa).

Dibawa ke Nou Camp, dan dijemput untuk ke majlis jamuan sempena aqiqah, seperti gambar di atas. Mulanya kami berat untuk hadir, setelah penat. Namun digagahkan juga atas dasar persaudaraan Islam dan kewajipan memenuhi jemputan.

Sungguh berbaloi. Menu eksotik Maghribi. Kambing dimasak ala-ala rendang dan kari, dengan kekacang dan buah prun. Roti baguette sebagai pelengkap, dan pastinya teh panas. Makan percuma. Pulang ke hostel dengan tak sudah-sudah melafazkan tahmid atas pertemuan yang tak dirancang.

January 9, 2010 at 6:08 pm 3 comments

Look what have you done, Jib.

“Najib Abdul Razak, Malaysia’s prime minister, earlier said his government was powerless to stop the planned protests as long as protesters did not leave their mosques.”- Al-Jazeera

Com on now. You could have done better to mitigate the tension but you obviously didn’t. Instead, you opt to fuel the fire. We, the rakyat, had the luxury of being sprayed by acidic water and tear gases just few months back for rallying on the street against ISA and PPSMI, but why not today? Why not in this case, when ISA and FRU are far more relevant as tool against national chaos, unlike the ‘harm’ may caused by anti-PPSMI rally.

Maybe because you did condone the protest in the first place. Now, after few churches have been set on fire, you start to think that you might have gone a bit too far, right? Or this is actually how you wish things to be in the first place?

Hishamuddin again denied he and the PM had condoned the planned demonstrations.

“We never said that the demonstration could go on, do not put words in my mouth,” he said.- The Malaysian Insider

I reserve my opinion until further investigations are made on these incidents.

However, to let Najib off the hook is something far from my consideration. He has to be bold and take responsibility over what he has said prior to the Friday rally.

January 8, 2010 at 12:18 pm Leave a comment

Kenapa Jarang ‘Update’?

Sesuai dengan namanya, Kuburan. Tidak semeriah pasar malam.

Selamat menelaah bagi peperiksaan yang bakal menjelang kepada semua. Laraskan prioriti anda di musim cuti ini.

Di Giant Causeway, Ireland Utara.

January 7, 2010 at 2:16 pm 2 comments

Pulangnya Seorang Firdaus

Hari ini sahabat kami Ahmad Firdaus Mad Sallih akan berangkat pulang ke watan demi meneruskan perjuangan bernama kehidupan.

Pasti terasa kekurangan di Sheffield ini. Manakan tidak, sepanjang perkenalan, kami tidak pernah sunyi dengan peringatan demi peringatan daripada beliau.

Siapakah yang selalu mengingatkan kita tentang keperluan memanjat bukit nafsu dan bukit fizikal demi solat jamaah di masjid?

Siapakah yang memastikan kita semua tidak lupa untuk mengisi borang pengecualian peperiksaan, agar kewajipan Jumaat tidak dikompromi dengan urusan dunia?

Siapakah juga yang tidak lekang senyuman dari wajahya, hingga yang melihat pasti reda sedikit kekusutan dalam hati?

Malah bukan sedikit kehilangan yang Sheffield rasai tanpa Ahmad Firdaus Mad Sallih, seperti mana kehilangan Mohd Khairul Anwar Zahri dan Azweed Mohamad juga masih terasa hingga sekarang.

Selamat meneruskan perjuangan.

Moga bertemu lagi yah!

December 9, 2009 at 9:09 am 5 comments

Malu dengan Dosa

Buat dosa satu hal, tapi tak rasa bersalah buat dosa itu hal lain.

Tak rasa bersalah buat dosa satu hal, tapi menzahirkan dosa yang dilakukan itu hal lain.

Menzahirkan perbuatan dosa satu hal, bangga dengan dosa yg dilakukan itu hal lain.

June 11, 2009 at 11:04 pm 3 comments

Shallow?

Someone posted something shallow to one of the mailinglists I am in. The sudden urge of wanting to write a feedback appeared, but I pushed the pause button, reflected, and brushed the urge away.

Who am I to decide on what is shallow and what is not?

May 21, 2009 at 3:47 am 4 comments

Hikmah

Biasa kita dengar rungutan di kalangan penggerak dakwah tentang betapa di sana terdapat sekelompok pendakwah lain yang seringkali kelihatan keras dan kasar dalam bicara dan penampilan mereka.

Saya ikut bersetuju bahawa benar, golongan ini wujud. Mereka keras dalam bicara. Memaki hamun dan mencerca menjadi ulam dalam ceramah dan penyampaian lisan mereka. Penulisan mereka pun tidak kurang lancangnya. Sehingga terkadang membuatkan kita yang melihat berfikir semula sama ada benarkah mereka ini golongan yang memanggil ke jalan Allah.

Lalu, timbul persoalan hikmah dalam berdakwah.Gambar hiasan aje

Ramai yang mengaplikasikan hikmah dalam dakwah dengan menunjukkan sifat lemah-lembut dalam penyampaian dan penampilan. Ini benar, tapi bukan sepenuhnya kebenaran. Kerana, hikmah pada pemahaman saya adalah kebijaksanaan dalam mengubah pendekatan dakwah, bersesuaian dengan keadaan dan suasana. Waqi,’ uruf atau adat, pilih yang anda suka.

Saya kagum dengan sahabat-sahabat yang bersama dengan Jamaat Tabligh. Saya selalu menghisab diri bila melihat betapa mereka ini sungguh lembut dan sabar dalam penyampaian mesej mereka. Bagai dapat merasa  keihklasan dari setiap tutur dan tingkah. Kawan-kawan saya yang bersama Jamaat Tabligh, belum pernah saya lihat meninggi suara, apatah lagi memaki hamun dalam usaha dakwah mereka.

Jauh sekali jika kita bandingkan pendekatan rakan-rakan Jamaat Tabligh, sebagai contoh, dengan akhlak yang ditunjukkan oleh orang parti Islam, juga sebagai contoh.

Kenapa berbeza?

Itik hiasan

Perbezaan ini pada pendapat saya terhasil daripada situasi berbeza yang dihadapi oleh setiap gerakan. Situasi inilah yang membentuk trait yang berlainan pada setiap gerakan.

Parti Islam yang separuh mati dek semburan gas pemedih mata, yang basah lencun dek semburan air asid dan yang bengkak lebam dek hambatan polis anti rusuhan; maka adalah boleh difahami oleh manusia yang mahu memahami mengapa kadang-kala pendekatan sekelompok daripada mereka tampak keras dan kasar.

Saya tidak bercadang untuk menyentuh kenapa parti Islam sebagai sebuah gerakan dakwah, perlu mengharungi jalan yang payah dalam mencapai matlamatnya, kerana itu adalah perkara dasar yang boleh dikupas pada kesempatan lain. Untuk  menghadamkan perbincangan hikmah ini, anda perlu bersetuju dengan saya bahawa pendekatan yang di ambil oleh parti Islam sebagai gerakan islah ummah adalah bertepatan, jika tidak  pun paling tepat, dengan konsep fiqh keseimbangan dan fiqh keutamaan.

Saya tidak sekali-kali meredhai sifat kasar dalam diri seorang pendakwah, namun saya memahami sebagai insan, pendakwah juga dibentuk tanpa sengaja oleh situasi yang menjadi rutin harian mereka.

Tidak adil jika keburukan yang sekelumit itu dicanang-cacang dan diungkit-ungkit bagai tiada langsung kebaikan yang diraih daripada kasarnya dan kerasnya sesuatu gerakan itu.

Paling tidak pun, fahamilah bahawa lembut itu tidak selalunya hikmah dan keras itu bukan selalunya jahil dan amarah.

Wallahu’alam.

May 19, 2009 at 6:44 pm 25 comments

Tok Jib Kena Bom?

Pagi ini aku bangun dengan rasa sedih yang amat. Sebak, sehingga rasa nak menangis. Bukan selalu rasa sedih macam tu. Kali terakhir aku rasa sedih yang sampai ingin menitiskan air mata ialah ketika pemergian arwah atuk.

Aku mimpi bangunan Parlimen dibom. Ya, Parlimen Malaysia pastinya. Mana mungkin Brown dan Cameron membintangi layar mimpiku sedangkan politik Britain masih lagi asing buatku.

Parlimen Malaysia

Dalam mimpi itu, Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Lim Kit Siang, Nurul Izzah, malah Tok Jib pun terkorban. Ramai lagi yang mati, termasuk pemandu-pemandu, pelayan-pelayan, dan wartawan-wartwan.

Aku terkejut saat diberitahu tentang kematian ikon-ikon politik Malaysia itu. Aku pilu sampai dalam mimpi tu, aku menangis (tak sedar, tapi mungkin menangis betul-betul dalam tidur). Yang aku ingat, aku meraung sambil cakap, “Macam manalah politik Malaysia lepas ni?” Aku pun tak tahu kenapa aku cakap macam tu.

Tak jelas angkara siapa, tapi huru-hara tercetus seluruh negara.

Rakyat turun ke jalanan menuntut pembelaan daripada Muhyiddin Yassin, PM Malaysia ke-7. Mungkin mirip Talhah dan Zubair menuntut pembelaan ke atas Uthman RA daripada Ali RA, wallahu’alam, tapi begitulah bayangannya.

Aku berarak berjalan kaki dari Johor menuju ke Putrajaya, melalui lebuhraya PLUS. Bersamaku ialah Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor. Yang aku ingat semasa berarak tu, aku laung, “Undi BN jatuh 50% di Parlimen Pasir Gudang PRU lepas!”. Betapa pelik dan random!

Khairul Faizi

Walaupun mimpi ini pelik dan agak lawak di sana-sini, tapi yang lebih pelik malah misteri ialah punca sebenar perasaan sedih yang menyelubungi jiwaku di pagi hari ini.

Semoga mimpi ini tidaklah ditafsirkan oleh mana-mana pihak dan dijadikannya sebagai bacaan politik.

April 30, 2009 at 11:34 am 13 comments

Picture in Schmap

Schmap had asked me if they could use one of the photos in my Flickr photostream. They said that they would use it in their latest edition of Sheffield guide which will be published sometime around April.

It did not take me long to say ‘yes’ to them.

I am not getting paid for my picture to be used by them, but I don’t really care about earning money from photography (at least not for the moment). Publicity is what I am looking for (yes, mencapub if you like). They need a picture, and I want a stage.

April 14, 2009 at 10:47 am 1 comment

Older Posts


About Kuburan

Muhammad Ruzaini Shahrom chose 'Kuburan' to be his pseudonym for no obvious reason. So, in case you wondered why 'Kuburan', now you've got the answer.

Currently reading engineering in Sheffield, and is into photography and aikido very recently.

Recent Posts

RSS Malaysiakini

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Blog Stats

  • 11,380 hits

Traffic

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 3 other followers

Flickr Photos

Well-aged

Susan Johnston

Joe Adams

Cora Fung

Magdalena Nalaskowska

More Photos

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.