Pengumuman
January 2, 2009
Nota: Pengumuman ini dijadikan sebagai posting di Kuburan, bagi menjadikan ianya lebih berkesan sebagai pengumuman, dan mungkin, sedikit semangat kepada yang terbaca.
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Beberapa perkara seputar usaha membantu meringankan penderitaan di Palestin dan mengutuk penjenayah kemanusiaan terbesar dunia, zionis Israel.
————————————————————————————————————————————-
1. Kutipan Pintu ke Pintu
Beberapa orang pemuda akan mengetuk pintu-pintu rumah anda pada hari ini (Jumaat) untuk mengutip segala benda berharga yang ada dalam simpanan anda. Kami faham usaha mengutip derma secara online telah dan sedang dilakukan, namun kami merasakan usaha pintu ke pintu perlu tetap dijalankan.
Serahkan semua harta benda dan wang tunai yang anda miliki. Kami tidak maksudkan syiling-syiling 1 atau 2 pound dengan perkataan wang tunai, tapi kami maksudkan wang kertas 20 atau 50 pound.
Serahkan duit perbelanjaan dapur rumah anda, dompet anda, tabung anda, duit kecemasan anda dan segala benda berharga termasuk barang kemas, emas, perak, telefon bimbit, basikal, dan sebagainya.
2. Penyediaan Kain Rentang untuk Demonstrasi 3 Januari
Kita maklum akan demo yang bakal dijalankan esok di pusat bandar Sheffield. Bagi menjadikan demo ini lebih berkesan dari segi menyampaikan mesej kepada orang awam, kami berpendapat perlu ada usaha untuk menyediakan kain-kain rentang untuk di bawa ke demo esok.
Penyediaan kain rentang akan diadakan di rumah Sarimi pada jam 830 malam, selepas solat Isya’ berjemaah di masjid MWHS.
Kami mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk material seperti cadar putih yg tidak terpakai, kertas-kertas manila atau mahjong, pen marker, atau apa sahaja yang dirasakan sesuai dalam membantu usaha penyediaan kain rentang.
3. Perarakan Pelajar-pelajar Malaysia Sheffield dengan Membawa Kain Rentang dari Broomhall ke Pusat Bandar pada 3 Januari
Perarakan kecil ini bertujuan untuk menggabungkan tenaga dan semangat para pelajar Malaysia yang bercadang untuk menyertai demo esok. Kami berpendapat bahawa, daripada kita berjalan secara berseorangan, lebih baik kita berjalan beramai-ramai sambil membawa kain-kain rentang bagi menyampaikan mesej kepada orang awam di sepanjang perjalanan ke pusat bandar.
Lelaki dan wanita dijemput bersama. Sama-sama kita pastikan pergaulan yang terkawal dalam acara tersebut.
—————————————————————————————————————————————-
Sekian sahaja dari kami.
Ruzaini Shahrom
(mewakili beberapa insan yang lain)
Entry Filed under: Uncategorized. .
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed