Tok Jib Kena Bom?
April 30, 2009
Pagi ini aku bangun dengan rasa sedih yang amat. Sebak, sehingga rasa nak menangis. Bukan selalu rasa sedih macam tu. Kali terakhir aku rasa sedih yang sampai ingin menitiskan air mata ialah ketika pemergian arwah atuk.
Aku mimpi bangunan Parlimen dibom. Ya, Parlimen Malaysia pastinya. Mana mungkin Brown dan Cameron membintangi layar mimpiku sedangkan politik Britain masih lagi asing buatku.

Dalam mimpi itu, Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Lim Kit Siang, Nurul Izzah, malah Tok Jib pun terkorban. Ramai lagi yang mati, termasuk pemandu-pemandu, pelayan-pelayan, dan wartawan-wartwan.
Aku terkejut saat diberitahu tentang kematian ikon-ikon politik Malaysia itu. Aku pilu sampai dalam mimpi tu, aku menangis (tak sedar, tapi mungkin menangis betul-betul dalam tidur). Yang aku ingat, aku meraung sambil cakap, “Macam manalah politik Malaysia lepas ni?” Aku pun tak tahu kenapa aku cakap macam tu.
Tak jelas angkara siapa, tapi huru-hara tercetus seluruh negara.
Rakyat turun ke jalanan menuntut pembelaan daripada Muhyiddin Yassin, PM Malaysia ke-7. Mungkin mirip Talhah dan Zubair menuntut pembelaan ke atas Uthman RA daripada Ali RA, wallahu’alam, tapi begitulah bayangannya.
Aku berarak berjalan kaki dari Johor menuju ke Putrajaya, melalui lebuhraya PLUS. Bersamaku ialah Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor. Yang aku ingat semasa berarak tu, aku laung, “Undi BN jatuh 50% di Parlimen Pasir Gudang PRU lepas!”. Betapa pelik dan random!
Walaupun mimpi ini pelik dan agak lawak di sana-sini, tapi yang lebih pelik malah misteri ialah punca sebenar perasaan sedih yang menyelubungi jiwaku di pagi hari ini.
Semoga mimpi ini tidaklah ditafsirkan oleh mana-mana pihak dan dijadikannya sebagai bacaan politik.
13 Comments Add your own
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed

1.
Iman | April 30, 2009 at 3:39 pm
mashaAllah…tak tau nak amek serious ke nak gelak je.
But sampai mimpi pasal tokoh politik dan negara dalam mimpi is something yg a bit different than others.Unless that person study Politic.Sbb masa kaw2 in love dgn Green LED InGaN hampir every night mimpi InGaN dgn electron and Quantum Dot.Sampai ngigau2.
If kalau benar la mimpi ni logicnya sbb Mongolia marah Pak Jib senyapkan kes org dorg kne bunuh.huu org Mongol mmg hebat kalau perang dulu.Skrg tak tau la….wallahualam…
-kelakar-
2.
alya | April 30, 2009 at 4:19 pm
hahahaha..iman, teori konspirasi ko sgt menghiburkan! =P n pisang, jauhnye ko berarak..huhu
biasalah rasa sedih bila apa yg kita sayang dah tak ada lagi. walaupun cuma dalam mimpi. oh mungkin kalau mlm ini ko bermimpi- parlimen baru yg lebih kukuh telah dibina, barisan pemimpin berwibawa bersidang di dalamnya dan rakyat hidup harmoni sentosa..kau akan bangun esok hari sambil tersenyum gembire.
p/s: tapi part undi jatuh 50% tu tetap x ade ganti. sgt lawak ok!
3.
mcbatistuta | April 30, 2009 at 8:33 pm
salam wbt
semoga pisang terus aktif berpolitik di malaysia nanti
politik negara secara spesifiknya..
~ ada serangan di fb, bukan ku yang attack
4.
kuburan | April 30, 2009 at 10:02 pm
Iman,
ade jugak mengharap mimpi LED, tapi belum sampai maqam study masuk dlm mimpi kot.
alya,
siapa ye alya ni? misteri sungguh namanya.
mcbatistuta,
aku tukang baling batu je. serangan ape? x terasa pun. nyamuk kot?
5.
alya | April 30, 2009 at 11:17 pm
oh. lupe nak tinggalkan name sebenar. tp lg best kot kalau xperlu letak name sebenar kat sini. belum selesa..huhu.
sila rujuk entri 21 rabiul akhir 1430. insyaallah akan kau temui jawapan yg dicari.
http://adam-aleya.blogspot.com
6.
kuburan | May 1, 2009 at 12:46 am
oh-ho… dah kurang misteri dah.
7.
nizam aka current | May 1, 2009 at 2:53 am
pisang,apsal pasir gudang weih??haha ! macam random,macam x.sbb ko duduk pasir gudang,so xde la random.ia ade kaitan dgn idup ko sebagai penduduk PG.aku slalu gak g PG,mungkin 1 hari nnt aku mimpi pasal PG jugak kot..huhu.
8.
kuburan | May 1, 2009 at 3:02 am
random jugak la karen, tetibe je mimpi undi BN jatuh. 50% plak tu.
9.
shark | May 1, 2009 at 1:03 pm
random habis pisang.
aku rasa ni psychological effect from apa yg ko duk wat before tido.
dulu aku mimpi boleh terbang.ikut mimpi tu terbang lg cepat dari jalan sbb takde friction la konon.tak terpikir la pulak friction ngn udara etc.sok pagi bangun lambat.gi skolah pun lmbat tp dh takley terbang.
10.
kuburan | May 11, 2009 at 6:48 pm
haha… sebelum ko tido ko tgk kartun kot.
11.
SangPelangi | May 7, 2009 at 3:06 am
Hikhik. Apalah kau ini, kenapa kau tak mimpi aku jadi calon Pasir Gudang ke. Lagi menarik. Ini mimpi main bom-bom. Kau dah terlalu khusyuk membelek makalah sahsiah agaknya ni. Bawa-bawalah bersiar-siar, tenang fikiran.
12.
kuburan | May 11, 2009 at 6:47 pm
hehe fan. ko nak jadi calon ke? nnt aku jadi campaign manager ko eh. parti cap ape ko nk bertanding? =p
13.
saif shah | May 25, 2009 at 2:57 pm
salam…
hehe, mmg menarik skali mimpi nie….
erm, tp hopefully janganlah berlaku spt yg dimimpikan tersebut… nauzubillah…. ape2 pun, unsur jenaka dan suspen stil ade dlm mimpi nie… xde smbgn die ke?? hehe….
ok2… salam ziarah dr seberang laut… ^_^