Hikmah

May 19, 2009

Biasa kita dengar rungutan di kalangan penggerak dakwah tentang betapa di sana terdapat sekelompok pendakwah lain yang seringkali kelihatan keras dan kasar dalam bicara dan penampilan mereka.

Saya ikut bersetuju bahawa benar, golongan ini wujud. Mereka keras dalam bicara. Memaki hamun dan mencerca menjadi ulam dalam ceramah dan penyampaian lisan mereka. Penulisan mereka pun tidak kurang lancangnya. Sehingga terkadang membuatkan kita yang melihat berfikir semula sama ada benarkah mereka ini golongan yang memanggil ke jalan Allah.

Lalu, timbul persoalan hikmah dalam berdakwah.Gambar hiasan aje

Ramai yang mengaplikasikan hikmah dalam dakwah dengan menunjukkan sifat lemah-lembut dalam penyampaian dan penampilan. Ini benar, tapi bukan sepenuhnya kebenaran. Kerana, hikmah pada pemahaman saya adalah kebijaksanaan dalam mengubah pendekatan dakwah, bersesuaian dengan keadaan dan suasana. Waqi,’ uruf atau adat, pilih yang anda suka.

Saya kagum dengan sahabat-sahabat yang bersama dengan Jamaat Tabligh. Saya selalu menghisab diri bila melihat betapa mereka ini sungguh lembut dan sabar dalam penyampaian mesej mereka. Bagai dapat merasa  keihklasan dari setiap tutur dan tingkah. Kawan-kawan saya yang bersama Jamaat Tabligh, belum pernah saya lihat meninggi suara, apatah lagi memaki hamun dalam usaha dakwah mereka.

Jauh sekali jika kita bandingkan pendekatan rakan-rakan Jamaat Tabligh, sebagai contoh, dengan akhlak yang ditunjukkan oleh orang parti Islam, juga sebagai contoh.

Kenapa berbeza?

Itik hiasan

Perbezaan ini pada pendapat saya terhasil daripada situasi berbeza yang dihadapi oleh setiap gerakan. Situasi inilah yang membentuk trait yang berlainan pada setiap gerakan.

Parti Islam yang separuh mati dek semburan gas pemedih mata, yang basah lencun dek semburan air asid dan yang bengkak lebam dek hambatan polis anti rusuhan; maka adalah boleh difahami oleh manusia yang mahu memahami mengapa kadang-kala pendekatan sekelompok daripada mereka tampak keras dan kasar.

Saya tidak bercadang untuk menyentuh kenapa parti Islam sebagai sebuah gerakan dakwah, perlu mengharungi jalan yang payah dalam mencapai matlamatnya, kerana itu adalah perkara dasar yang boleh dikupas pada kesempatan lain. Untuk  menghadamkan perbincangan hikmah ini, anda perlu bersetuju dengan saya bahawa pendekatan yang di ambil oleh parti Islam sebagai gerakan islah ummah adalah bertepatan, jika tidak  pun paling tepat, dengan konsep fiqh keseimbangan dan fiqh keutamaan.

Saya tidak sekali-kali meredhai sifat kasar dalam diri seorang pendakwah, namun saya memahami sebagai insan, pendakwah juga dibentuk tanpa sengaja oleh situasi yang menjadi rutin harian mereka.

Tidak adil jika keburukan yang sekelumit itu dicanang-cacang dan diungkit-ungkit bagai tiada langsung kebaikan yang diraih daripada kasarnya dan kerasnya sesuatu gerakan itu.

Paling tidak pun, fahamilah bahawa lembut itu tidak selalunya hikmah dan keras itu bukan selalunya jahil dan amarah.

Wallahu’alam.

Entry Filed under: Pandangan. .

25 Comments Add your own

  • 1. roy  |  May 19, 2009 at 7:20 pm

    ya…betul2…aku sokong…sbb tu ko ‘keras’ sikit orangnya…hehehe…

    Reply
    • 2. kuburan  |  May 19, 2009 at 9:23 pm

      roy, setakat buh url blog aku blk baik takyah. buang karan umah je. ni nak emo ni.

      Reply
      • 3. roy  |  May 19, 2009 at 11:06 pm

        aku x letak url td…tiba2 ada…mana aku tao…emo2…kang aku panggil matweed bg tazkirah kang baru tao..hahaha…

      • 4. alya  |  May 21, 2009 at 12:46 am

        lol. pisang, sile jgn emo. mmg kalau org biar kosong url tu, wordpress akn letak url entry ko kat name peng-komen.

      • 5. kuburan  |  May 21, 2009 at 3:31 am

        ni la org kata jahil membawa kepada emo.

  • 6. Zainal  |  May 19, 2009 at 7:36 pm

    Suatu penulisan yang menarik! Pisang, kasi tips sket mcm mana nk jd photographer berjaya?? hehehe

    Salam Ziarah dr Iskandariah, Mesir :)

    Reply
    • 7. kuburan  |  May 19, 2009 at 9:24 pm

      terima kasih atas lawatan.

      macam mane aku nk bagi tips photographer berjaya, aku sendiri pun blum berjaya lagi nih. hehehe.

      kalau byk tgk gambar org yg power2, lama2 jd power gak kot. huhu.

      Reply
  • 8. syumulislam  |  May 19, 2009 at 7:59 pm

    Mantop sheikh, satu penulisan yang membuka mata, minda dan hati. Perbezaan itu satu rahmat :-)

    Teruskan menulis

    Reply
    • 9. kuburan  |  May 19, 2009 at 9:25 pm

      makasih ya.

      Reply
  • 10. ayasofya  |  May 19, 2009 at 8:37 pm

    Bismillah.Salam inchik pisang yang dihormati, menarik sungguh topik anda ini, saya amat suka isu ini, sebuah isu dalam pemerhatian dan pembelajaran saya.Sebelum nak mengomen sukalah utk stresskan ia hanyala pandangan seorang yg
    naif ilmunya apatah lagi dalam dunia penuh politik yang penuh kemahiran/taktikal, mehnah yang lagi memerlukan kebijaksanaan menganalisa sesuatu secara tersurat juga tersirat. I by myself understand the situation happening in our beloved country Malaysia, how our country mengamalkan dasar kurang terbuka kepada oppositionnya tidak seterbuka masyarakat baratnya sehingga berlakulah isu demi isu yang meresahkan lagi membimbangkan.

    Saya amat bersetuju, dengan kata-kata saudara tidak adil sekelumit sikap kasar itu diungkit-ungkit dan dicanang-canangkan kerana saya sedar tiada yang sempurna melainkan Allah swt dan tujuan saya di sini pun tidaklah nak mengatakan mana2 pihak yang salah atau tidak. Cuma what i believe is that, why prophet once mintak para sahabat bersabar during the hard period in Mekkah and warn them with the story of al-ukhdud who are worst ,meant lots,why Islam put forgiveness value is high,i.e how ayat Quran turun after Saidina Abu Bakar marah dengan si pemfitnah Saidatina Aishah and how prophet saw himself not take revenge of his ownself is again a beautiful way of dealing with evil or oppression has something beautiful effects.

    What i think lost is adaab ,justice, i believe thats the things that shud be IMPROVED .Saya percaya sekiraya di Parlimen atau di mana2 sahaja, adab itu sangat penting, saya percaya tanpa dengan kutukan dan maki hamun,isu2 peribadi,tapi dengan hujah yang matang dan akhlak yang mulia ,anda mampu menawan hati umum.Adaab from what i’ve understand comes from hikmah and it is a reflection of hikmah, a virtue.Hikmah is a knowledge that tells u about proper places of everything.

    Apakah mustahil menggabungkan formula ahli Tabligh + islamic Politician(T+P)? i believe tegas dan kasar adalah sesuatu yang berbeza.Pernah ditulis dari seorang kawan yang dari Indonesia,katanya formula (T+P) tampak berjaya.di sana juga mereka ada parti politik gerakan Islam seperti PKS, tetapi pendekatan mereka berbeza. sejak menjak reformasi, yang dahulunya menggunakan pendekatan provokasi, sekarang PKS menukar kepada konsep bukan provokasi atau (T+P). Sebagai bukti bagaimana iklan2 PKS yang dilihat bersifat lembut dan kasih sayang. in my opinion, i think kerana perbezaan pandangan kita juga, UMNO- bukan UMNO menyebabkan kita saling memburukkan, sedangkan bukankah sejahat mana seseorang itu perlu kita dekati dan dakwahkan, bahkan hidayah yang kita miliki ini milik Allah s.w.t. Jika isu peribadi isu ‘antantuya’ for example, if nk dijadikan isu utk mengatakan seseorang itu terlibat, do u really have the prove? Sekiranya kita bercakap soal politik, bukankah ia hanyalah alat untuk mencapai tujuannya, dan apakah benar jika tindakan itu bertentangan dengan akhlak yang dibawa Rasullullah s.a.w dikatakan hikmah demi mencapai suatu maksud atau tujuan? and again sekiranya ada sirah yang menunjukkan Rasullullah s.aw menggunakan cara yang kasar sebagai salah satu maksud hikmah itu bagaimanakah, dalam situasi apakah?

    Mungkin saya ini terlalu idealis.Cuma pendek kata saya memang anti sikap2 politikus tanpa mengira anda di mana yang tidak mempunyai akhlak dan kata-kata yang baik.Dan saya amat gembira melihat ahli2 politik yang matang berpolitik dan bersikap terbuka dengan akhlak yg terpuji tanpa mengira di pihak mana dia berada, apatah lagi sekiranya yang memperjuangkan agama.

    Wallahualam,sekadar cetusan pandangan,dan pandangan ini tak semestinya benar.

    p/s;,udah lama x tulis ayat-ayat karangan fakta yg dah hampir pupus nih.hehhe

    Reply
    • 11. kuburan  |  May 19, 2009 at 9:36 pm

      ni pandangan untuk dibaca atau muqaddimah kepada perdebatan yang panjang?

      sofiah, saya dah cakap anda kena setuju dengan saya dahulu bahawa parti Islam adalah bertepatan dengan keperluan yang dituntut oleh fiqh awlawiyat dan fiqh muwazanat, baru kita boleh bincang bab hikmah ni.

      kerana, persoalan yang saya cetuskan ini adalah persoalan cabang. pokoknya kena jelas.

      maksud tulisan saya bukan untuk menghalalkan tindakan kasar sebagai hikmah, jauh sekali mendakwa bahawa kasar adalah hikmah sepertimana yang ditunjukkan dalm lipatan sirah.

      namun, saya mohon difahami kenapa ada segelintir daripada pendakwah yang sifatnya begitu.

      dan tolong, jangan sesekali menggunakan contoh PKS dalam ruang lingkup perbincangan politik Malaysia. satu kiasan/perbandingan yang tidak adil.

      wallahu’alam

      Reply
      • 12. ayasofya  |  May 19, 2009 at 10:36 pm

        Salam,saya bersetuju dengan pandangan anda akan keperluan parti Islam dalam kedua2 fiqh itu.Komen saya ini kerana pertamanya, kerisauan dan kebimbangan saya dengan situasi2 ceramah2 politik oleh pendakwah2 yang anda juga tidak persetujui itu.Bila difikirkan balik, btullah sikap dan kemarahan itu takkan berlaku tanpa sebab,ia adalah respons dari tindakan yang keras juga.

        Kedua,ketidaksetujuan saya sekiranya seorang ahli politik itu bersikap tidak adil kepada lawannya. Sebagai contoh, jika ada pihak yang mengatakan PAS misalannya tidak menyumbang kepada negara, ataupun seorang ahli politik yang memusuhi ahli poltik yang lain dalam semua perkara yang dilakukan sedangkan ada juga sumbangannya juga.Dan saya melihat isu ini kerana hilangnya hikmah dan adabnya atau nilai bagi seorang ahli poltik itu yang perlu diimprovekan.

        barangkali contoh isu PKS tampak tidak adil kerana mungkin tempat dan situasinya berbeza, cuma yang saya fikir tidak mustahil sikap atau nilai yang sama boleh dipelajari.

        Wallahualam.

  • 13. ayasofya  |  May 19, 2009 at 8:40 pm

    adeh panjangla plak..maaf ye hehhe

    Reply
    • 14. roy  |  May 19, 2009 at 11:20 pm

      aku nk tambah sikit boleh x…walaupun aku ni xde la pandai mana macam korang2 semua, tp nak bagi sikit la ape yg otak kanak2 aku terpikir…hehe..

      kalau kita rasa ada kekurangan dengan orang yang berada dalam medan perjuangan tu (baca : parti Islam), kita sebagai golongan pemuda yang nampak kelemahan tersebut perlu bersama mereka dan cuba membawa perubahan…kalau kita sekadar bising dari luar tanpa bersama dan membantu untuk merubah, ibarat macam memancing di tasik tapi mengharapkan ikan laut masin…(haha…suke2 je buat analogi…)…maksudnya di sini sampai bila2 pun perkara tersebut x dapat diperbaiki…

      berbalik kepada tajuk post ni, aku tetap bersetuju yang hikmah tidak semestinya lemah lembut, tetapi bijaksana mengikut waqi’ setempat…

      sekian, 20 sen aku…

      Reply
      • 15. ayasofya  |  May 20, 2009 at 1:32 am

        Baiklah roy, 20 sen sangat bermanfaat, rupanya otak kanak2 roy sgt bijaksana, analogi yg menarik, sungguh berhikmah..=p

        pada apa yg saya lihat komen2 sebegini bersifat teguran sesama muslims,bukankah itu pun suatu cara. Kalau contoh pisang tulis begini pun adalah satu cara memberikan kefahaman kepada mereka yg mungkin berlainan fikrahkan tanpa perlu pisang masuk ke dalam kumpulan itu sendiri.Ataupun pasni mungkin wani ke tulis blog plak ke utk sesatu pandangan(sesuka hati je aku amik cth wani sebab de pun layan blog, maaf hehe),dari situkan kita belajar memahami antara satu sama lain kerana kesediaan kita utk mendengar dan memahami org lain.

        Sekali lagi saya terfikir apakah merubah dari dalam dan luar ada beza dari kesannya?hurm..

  • 16. Tan Sri Penkt  |  May 19, 2009 at 10:04 pm

    Tompang zikir lompat2 kt sini eh. hehe.
    Salam zikir lompat2 dr Tan Sri.

    Reply
    • 17. kuburan  |  May 19, 2009 at 10:34 pm

      lompatlah penkt. ikut suka nk style mana. hehe.

      Reply
  • 18. Mohd Dzuha  |  May 20, 2009 at 12:51 am

    Tidak cukup kuat justifikasi yang diberikan tanpa rujukan mana2 buku, penulisan, kitab & dsb. Point yang disampaikan mempunyai nilai yang tinggi kepada maksud interpertasi hikmah berdakwah. Sekadar menambah, berdakwah itu bukan sahaja mengajak orang pergi ke masjid dan bersolat. Namun jauh dari itu berdakwah MESTI juga kepada mengembalikan sistem ekonomi kepada Islam, sistem sosial kepada sistem Islam, sistem perundangan kepada Islam, dan semestinya semua sistem kepada sistem Islam. Dan ini hanya sanya dapat diperolehi jika kita mempunyai kuasa. Kuasa = siasah Islam. Mesti diperjuangkan!!!!

    Reply
  • 19. din  |  May 20, 2009 at 3:05 am

    salam pisang..ko igt aku lagi x??haha

    anyway..bgus2…aku suka artikel ni..ya la..bila nak berhikmah mmg lah kena ikut situasi..ada kala berlambut,ada kala yg xseswai..tp untuk memaki hamum tu aku x suka sgt la..mungkin boleh bertegas..tp jgn la maki2 ni..

    Reply
    • 20. kuburan  |  May 20, 2009 at 3:21 am

      salam din. takkan aku lupe kot. aku takut korg budak2 alex yg lupa aku. huhu.

      setuju sangat din. tak eloklah maki2 ni. marah buleh, emo buleh. maki hamun tak tentu pasal ni yg tak buleh.

      Reply
  • 21. saser  |  May 20, 2009 at 3:58 am

    salam inchik pisang…
    karangan pendapat anda is indeed benar and bgus (for a certain extend la bg aku) and the last sentence punye ayat mmg aku amatlah setuju..120%

    mungkin if ko add up a little bit more examples or analogies dlm pendapat ko tu lagik bgus kot in case for some readers yg likely boleh tersalah paham ttg isi pendapat ko tu..

    and to ayasofya , if in general case, aku mmg setuju ngan pendapat kamu tapi its not really applicable to all situation….

    ape2 pon kamu semua mmg hebat! =)

    salam dr nz~

    Reply
  • 22. goyang inul  |  May 20, 2009 at 7:24 am

    lek lek saje.. dlm bnyk situasi manusia itu perlu bnyk bersabar.. semua pendapat di atas adalah betul juga.. tp apa yg saya ingin berkongsi adalah seseorang yg bersabar itu sungguh mulia sifatnye.. tidak kira dlm ape jua situasi sekalipun.. jadik bnyk2 lah bersabar..

    Reply
  • 23. Iman  |  May 21, 2009 at 11:05 pm

    Hikmah i think is actually about using the most effective way in conveying dakwah/or whatever u want people to believe. Org yg suka lembut je tak leh kata yg lembut je betul, sbb ada yg suka dgn ketegasan.Kalau tak its like u r pointing out that Tabligh je betul, cara Hibur Tahrir salah. or ELSE.one cent.

    And dalam ayat tu sdri dlm bahasa arabnya bermaksud Hikmah bukan Lembut.Kenapa Allah tak guna ‘lembut’ je kalau core meaning is lembut.But again its not saying that lembut tu salah.TAPI perluasan maksud kepada hikmah bukan hanya termaktub kepada lembut semata, its more than that.

    Reply
  • 24. Iman  |  May 21, 2009 at 11:08 pm

    This is a conclusion by Doctor Fadl Al-Ilaahi in his book about Kindness and gentleness which focusing on way of dakwah EITHER ‘LEMBUT OR KERAS’ publish by Invitation to Islam, London.

    1) The correct meaning of kindness and gentleness inasmuch as the intended meaning is not to be OVER COMPROMISING in such away that if he were to meet an open sinner, he makes friends with him and pretends to be pleased with him while never disapproving of his behavior.nor does it mean that he should be hypocritical or phony.Nor does it mean that he should leave off certain matters of religion.Rather, the intended meaning is having a likeable character and personality which means being kind and gentle to the IGNORANT one while teaching him, and with the SINNER when prohibiting him from his sin, and leaving off being harsh with him, an expressing disapproval with kind speech and behavior .

    2) How necessary and important it is for anyone calling to Islam to adorn himself with kindness and gentleness.

    3)Utilizing kindness and gentleness is the primary method for calling to Islam, HOWEVER it is not the only method since there are circumstances that justify utilizing harshness such as:

    - whenever the legal punishment is being carried out on someone who violated the limits set down by Allah swt.
    - or it is clear that the person is stubborn, contemptuous and derisive toward the limits set down by Allah the Most High(and therefore kindness and gentleness has not worked with him)
    - or an illegal act was committed by someone who should have known better.

    4) Harshness should never be used in da’wah except after careful consideration of the possible negative consequences.

    5) The Messenger of Allah saw utilized kindness and harshness when calling to Islam, using whichever of the two most appropriate.

    **exactly from the book.

    p/s: There are much more sirah should be put into consideration.Its not about saying what we think is right, RIGHT.But seriously taking into account of every single proof(sirah,hadith, al-Quran) then making up a conclusion.Human make mistakes.May be we are the one with mistakes.Allah knows.May He guide us.

    Reply
  • 25. goyang inul  |  June 5, 2009 at 6:05 pm

    aku tak paham la english.. cube ckp melayu… ah haa

    Reply

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


About Kuburan

Muhammad Ruzaini Shahrom chose 'Kuburan' to be his pseudonym for no obvious reason. So, in case you wondered why 'Kuburan', now you've got the answer. Currently reading engineering in Sheffield, and is into photography and aikido very recently.

Recent Posts

Blogroll

RSS BBC News

RSS The Star Online: Nation

RSS Malaysiakini

Blog Stats