Memori Jaulah Sepanyol
January 9, 2010 at 6:08 pm 3 comments
Di Masjid Rahmat (kalau tak silap), Barcelona, Sepanyol. Musim bunga 2008.
Siangnya, usai solat Jumaat (tak sempat pun sebenarnya, sesampainya kami jemaah mula beredar), kami disapa oleh beberapa ahli jemaah masjid yang majoritinya adalah orang Maghribi. Salah seorang daripada mereka bernama Abdel Jalil el-Hamichi, masih saya ingat.
Berborak rancak, lalu diajak menjamu perut di sebuah restoran makanan laut kepunyaan sahabat kepada seorang ahli jemaah masjid itu, tapi kedai sudah tutup. Makan kebab sahaja setelah jauh berjalan (agak kecewa).
Dibawa ke Nou Camp, dan dijemput untuk ke majlis jamuan sempena aqiqah, seperti gambar di atas. Mulanya kami berat untuk hadir, setelah penat. Namun digagahkan juga atas dasar persaudaraan Islam dan kewajipan memenuhi jemputan.
Sungguh berbaloi. Menu eksotik Maghribi. Kambing dimasak ala-ala rendang dan kari, dengan kekacang dan buah prun. Roti baguette sebagai pelengkap, dan pastinya teh panas. Makan percuma. Pulang ke hostel dengan tak sudah-sudah melafazkan tahmid atas pertemuan yang tak dirancang.
Like this:
Entry filed under: Kehidupan. Tags: andalusia, aqiqah, barcelona, el-hamichi, jamaat al-adlu wal ihsan, jamuan, jaulah, kambing, masjid rahmat, musim bunga, sepanyol.
Look what have you done, Jib. Comments on Al-Jazeera’s 101 East on ‘Allah’ Issue
3 Comments Add your own
Leave a Reply Cancel reply
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed







1.
a-jalil elhamichi | October 6, 2010 at 8:58 pm
assalamo alaykom wa rahmato allah wa barakatuho
haw are you ??
we are all fine alhamdulillah
DUAA
salamo alaykom
2.
a-jalil elhamichi | October 6, 2010 at 9:10 pm
I hope you have a good remembrance form Barcelona and our masjid rahma! Please don’t forget us in your dwuas.
Assalam aleikum
3.
Haneef Nasir | November 29, 2010 at 11:08 am
Assalamualaikum,
Brother Abdel Jalil, that was one of our most wonderful experience in Spain.
InshaAllah we will set our feet in masjid rahma again.
make duaas for us too!